Terima Kasih kerana  memilih Taman Negara Pahang sebagai destinasi anda seterusnya!

 
Kami Nak Kongsikan TIPS & PANDUAN sebelum anda menjejak kaki kesini bagi memudahkan perjalanan kalian! 
 
 
 
Tips #1. Masa paling sesuai
 
Waktu terbaik dari bulan Feb-awal November.
 
Bila dah penghujung Nov- Dec ni maklumlaa... musim hujan.. kalau datang time hujan, mmg xde xtvt bole nak buat sebab kebanyakkanya jalan dalam hutan (trekking) dan naik bot.
 
Bila air besar atau banjir, camne nak buat seme tu... Tido jerrr laa jawabnya.. Klu nk on juga bln dec, make sure dpt info direct dgn kami.
 
Ni Gambar Kalau air betul-betul surut kat Jeti Taman Negara Kuala Tahan
 
 
 
Tips #2. Pintu masuk ke Taman Negara
Ada dua pintu masuk ke Taman Negara Pahang ni. Samada melalui jalan darat atau melalui jalan air.
Samada nak naik bot atau korang bole drive terus masuk ke Taman Negara.
 
 
Kalau korang drive sendiri senang! Keta bole park terus dekat penginapan dan sebaiknya cari penginapan yang dekat ngan jeti. Aktiviti pun dah ada naik bot time rapids shooting.
 
 
Kalau nak naik bot yang 3 jam setengah tu, keta korang kena park dekat jeti Kuala Tembeling. Parking fee RM5/malam. Pastu beli tiket gi balik dari jeti Kuala Tembeling ke jeti Kuala Tahan. Harga dia dalam RM85 hinggit sehala. Kalau gi balik, jgn lupa mtk diskaun! Hehehe..
 
 
Kalau nak jimat, drive keta sendiri & kalau agak nk hirup udara segar ‘bertalu-talu’, naik laa bot..
Biasa laa ni ramai yang drive sbb jln raya cantik sampai penginapan & lebih baik simpan kos tu utk buat xtvt tambahan disana atau makan-makan..So.. Fikir-fikirkanlah... 😊 😊
 
 
 
 
 
Tips #3. Masa Perjalanan
 
 Perjalanan 2 Jam Setengah-3 Jam dari KL ke Bandar Jerantut.
Tambah 45 minit lg Dari Bandar Jerantut-Taman Negara.
Better 'add on' 15-20 minute lg laa... Al maklumlaaa drive sambil hirup udara segar! Hmmm....
 
 
Ada yang nak drive dari KL? Mudah jerr..
Cari signboard Kuantan. Follow straight jer signboard tu.. pedulikan simpang siur yang ditemui di sepanjang perjalanan.
 
 
Kalau kat KL mmg xkan jumpa lagi sign Taman Negara.
Lepas jer terowong Karak, masuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan teruskan perjalanan. Ambil Exit Temerloh dan teruskan perjalanan ikut signboard Jerantut. Kat LPT tu dah keluar sign Taman Negara. Just Follow jer..
 
 
Kalau yang drive keta sendiri, bole brenti kat Kala Gandah Lanchang & Deerland seketika.
Kira pertengahan jalan antara KL dan Jerantut. Kat situ ada pusat Konservasi gajah & menarik gak tempat tu.. Kalau yg bawak bekal, bole picnic kat situ... Ada anak sungai berdekatan & bole laa rest seketika...
Dari Kuala gandah ke Jerantut lebih kurang sejam lagi dan dari Jerantut ke Taman Negara dalam sejam 15 minit lg.. set bebaik masa tu..
 
 
Laa ni Waze ajeee... tak yah sesak sesakkan kepala!
 
 
 
 
Tips #4. Isi minyak & cucuk duit di Bandar Jerantut
 
Bila dah sampai Bandar Jerantut, isi tank keta korang tu ‘Full’.
Yerlaa.. kat Taman Negara mana ada stesen minyak lagi.
Yang ada Cuma kat kawasan Felda & tu pun kalau korang jumpa laa.. Mmg boleh isi kat Felda Padang Piol atau Felda Sungai Retang. Kalau x jumpa..jangan malu bertanya.. nnti sesat jalan...
 
Kalu terlepas juga, boleh cari bengkel motor atau kedai runcit yang jual minyak ‘tongtong’ kat Kuala Tahan nnti.. bolehlaaa ‘melepaskan sesak’!
 
 
'Mesin cucuk dinding keluar duit' paling last kat Bandar Jerantut eaa..
Cari bank kat bandar Jerantut. Bole kata seme bank ada.
 
Kat Taman Negara bole kata seme tempat ‘term cash’ kecuali resort mewah guna kad kreadit!. 
So, bawak sedikit duit cash agak-agak untuk keperluan harian & kalau ada hajat nak 'soping' sikit-sikit sini...
Yang lain QR atau transfer jer nanti...
 
 
 
 
 
Tips #5. Tarikan dalam perjalanan
 
Boleh ‘setting’ makan Ikan Patin di Bandar Temerloh & Pekena Gulai Asam Rom di Bandar Jerantut. 🍚 🐟 🐟
Bila lalu bandar Temerloh, jangan lupa pekena ikan patin! Lalu kat tepi highway tu dah nmpk dua tiga buah gerai jual ikan patin. Tapi kalau nak rasa yang dah siap masak, memang kena masuk bandar sikit.
 
 
Boleh pilih memana gerai yang Best2... Bukan nak rekemen, tapi saje nak bagitau.. antara gerai masak Patin yang popular kat Bandar ni ialah kedai makan Pak Usop lokasi depan Sungai Pahang, Gobang Tol Patin Tempoyak dan ter'viral' patin raja kancil atau patin bangau temerloh. Taip jerr kat FB tu.. diorg semua tu mmg dah glemer... 🙂
 
Check rege dulu.. jangan main rembat jerr... nnti kena ‘pure’ ikan sungai, pengsan tengok rege...
 
Tips dia.. Tanya dulu peniaga tu, “ ni patin sangkar sg. Pahang atau patin sg. Asli ni? Tapi, kalau kocek sarat, xyah tanya pon xpe...”
 
 
Kalau dah masuk Bandar Jerantut, jangan lupa pekena Gulai Ikan masak Asam Rom. Paling popular, Gulai Ikan kenerak masak Asam rom! Amik tang kepala atau tang dada Ikan kenerak tu... Paling syiokkkk!!! Ada juga yang masak ngan ikan patin atau talapia! Bole jerr cuba..
 
 
Opshhh lupa! Asam rom ni sebenarnya dibuat dari buah getah atau buah perah yang ditumbuk hancur dan diperam di dalam botol. ‘Sambal tepek’ & sambal hitam jangan lupa try... makan ngan ulam ulam segar... Perghhh!!!
 
 
Ni haa gerai paling top kat Jerantut. Gerai Kak Nor & Gerai Mak Anjang. Lokasi depan pasar Besar Jerantut. Cari kedai warna ‘purple’ sederet... Ada tulis "MEDAN SELERA SUNGAI BETONG HULU...
pm admin waze lokasi! mtk bantuan admin... 🙂 🐟
 
 
 
 
 
Tips #6. Macamana plak kalau nak naik Public Transport? 🚗
 
Senang jer.. gi ‘Bus stand’ Pekeliling & beli jer tiket gi balik ke Jerantut. Rege dia bawah rm20 sehala. Klu xde bus direct, bole jer naik bus henti-henti. Amik dari kl ke temerloh dan bila dah sampai kat Temerloh, amik bus henti-henti ke Bandar Jerantut. Klu x silap, setiap jam ada bus tu..
 
 
Bila dah sampai Jerantut, bole sewa teksi ke taman Negara atau sewa kereta kat Jerantut. Kalau amik teksi, dalam rm100-rm160 sebuah teksi. Kalau minivan RM25-50 sehala bergantung pada .cara korang deal & ambil pergi balik!Jimat sikit.
 
 
 
 
Tips #7. Perjalanan dari Jerantut – Taman Negara 🚗
 
Dari Jerantut-Taman Negara lebih kurang satu jam lebih drive.
Shopping terakhir korg kat pasaraya adalah kat Bandar Jerantut. Kalau nk makan Mek D, KFC, Marry Brown atau Pizza kat sini jekkk last tau..
 
Nnti sampai kat Taman Negara korg kena Berpuasa makan ‘Fast Food’ tu seketika!
Bukan xde lagi kat Taman negara, tapi belum buat lagi seme tu.. 
Insyaallah next time, klu ada investor2 yg berminat, bolelaa JV ngan admin eaaa... 🙂
 
 
 
 
 
Tips #8. Pilihan penginapan & Tempat Makan di Taman Negara
 
Banyak! Dari tapak kemah, hostel bajet, guest house, motel, chalet, resort seme ada!
 
Tapi still lagi x dapat memenuhi keperluan terutamanya time weekend dan public holiday.
Bilik mmg kena book awai! Kalau datang weekday xde masalah sangat... Tourist local mmg suka dtg time weekend. Mereka sanggup byr lebih time weekend padahal time weekday ada.. Mereka kata, kalau dtg weekdays kena amik cuti.. kami pun confius! kenalaaa amik cuti sebab dah nama pun bercuti.. hehehe.. jangan marah...
 
 
Saje nak bgtau laa kan.. klu dtg weekday ni biasa boleh JIMAT banyak.. Lagi satu bole ilangkan stress sbb xyah berpusu-pusu ngan orang! Tak yah nak Q lama-lama...! Ni kang, nk naik bot atau titian gantung, kkdg mmg kena Q berjam lamanya.. sanggup ke???
 
 
Jgn lupa makan makan kat restaurant terapung kat atas sungai tu.. Harga biasa. Don’t worry... Mgkin ada lebih seposen dua jerrr.. tapi still mampu milik. Insyaallah...
 
 
Gerai makan juga banyak.. xyah risau pasal makan...Cuma sediakan ongkosnya sahaja...
 
 
 
 
Tips #9. Xtvt paling BEST kat Taman Negara
 
Jeng...jeng..jeng... Part ni ramai yg tertanya-tanya. Apa xtvt yang boleh buat kat sini sbb ramai sgt yg datang sini setiap tahun.. 😊 😊
 
 
Ok. Nak share sikit jer. Pastinya semua xtvt yang berkaitan ngan hutan dan alam semulajadi. Paling sesuai buat pencinta alam, sukakan nature dan nak lari dari kesibukan kota. Sesuai juga pada yg nak buat class trip, opis trip, trip kengkawan, reunion, bakar2 BBQ dan macam macamlah...
 
 
Ada xtvt naik bot, panjat jambatan gantung, mandi sungai, panjat bukit, panjat gunung, sintuari kelah, melawat suku kaum bateq dan mcm mcm ado... Gunung tahan? Boleh tengok kalau cuaca baik dari puncak Bukit Teresik time gi Hikking. Nak gi Gunung Tahan makan masa 6-7 hari gak.. so, tgk dari bawah jerlaa...
 
 
Sebenarnya sebagai 'Local Operator' disini,  kami dah share banyak gamba & foto foto menarik di semua channel kami. 
Key word dia 'tamannegara4u' dan insyaallah korang boleh jumpa kami! 😊 😊
 
atau boleh terus klik link ni https://tamannegara4u.com/
 
 
 



Tips #10. Dah datang? Nak datang skali lagi? 
Apa lagi perlu buat?


Klu dulu dulu dah datang, mgkin nak dtg skali lg...bole jerr.. buat xtvt sama atau bole cuba yg lebih adventure lagi.. try trip2 yg lebih mencabar mcm tdo dlm gua, tdo tepi sungai atau yg kaki pancing tu, cer try jejak kelah...


Bolehlah share dgn famili, dgn kawan2 yg plan bercuti ke Taman Negara terutamanya yg pertama kali pergi.

Harap dapat membantu ya 😊


**Perkongsian tips ni hanya untuk memudahkan percutian/perjalanan mereka yg datang bercuti sendiri** Yang nak Jimat dan yang tak suka main terjah gtu jerr.. silap langkah, satu info pun tak tau... Jangan bazir duit korg!
.
.
Sebagai anak tempatan dan ‘budak kampung’ ni, sebenarnya lebih banyak lagi info kami dah sediakan utk korang.

Apa yang kami kongsikan semuanya dari pengalaman kami sendiri tentang selok belok Taman Negara ni khas utk kalian diluar sana dalam merancang trip ke sini...
.
.
Korang pun bole Like, Share dan Tag ngan semua untuk manfaat bersama..
🙂 🙂 🙂