PLAN KE TAMAN NEGARA PAHANG ?

Kami Belanja Dulu View Menarik Disini.....

Floating Restaurant di Sungai Tembeling - View ketika air surut

Tonton Video Aktiviti Ni.....

Perjalanan Menaiki Bot Meredah Jeram
(Rapids Shooting)

Menikmati Keenakkan 'Si Raja Sungai' Ikan Kelah Merah Masak Tempoyak
Freshhh  & Pure Dari Hulu Tembeling

 Apa Yang Bestnya Di sini?
Actually, Ada 5 Aktiviti Utama Yang Biasa Orang Buat Bila Datang Sini...
 
  1. Naik Jambatan Gantung (Canopy walkway)
  2. Jungle Trekking + Hikking Bukit Teresik
  3. Meredah Jeram (Rapids shooting) & mandi sungai
  4. Melawat Perkampungan Orang Asli
  5. Night Jungle walk (berjalan dalam hutan waktu malam)

Menaiki Jambatan Gantung - Canopy Walkway

 
  • Antara jambatan gantung yang terpanjang & tertinggi didunia....
  • View menarik dari ketinggian 30m-40m dari aras tanah
  • Buka Isnin-Khamis (9:00am-2.45 pm). Jumaat Tutup. Tiket RM5 seorang
  • Jarak dari HQ 1.5km sehala & 3km pergi balik (Ambil masa lebih kurang 3 jam pergi balik)

Jungle Trekking / Hikking Bukit Teresik (Teresik Hill) 

  • Hutan Tertua Didunia - Berusia lebih 100 juta tahun. Kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna...
  • Perjalanan dari HQ sejauh 1.5km sehala menuju ke canopy walkway (Jambatan gantung)
  • Kalau cuaca cantik boleh lihat puncak Gunung Tahan
  • Pelajari & Kenali pelbagai spesis Flora & Fauna dengan guide berpengalaman
  • Sedikit extreme! Ada part kena panjat bukit, harungi anak sungai, meniti jambatan, berpaut pada pokok dan melalui jalan ada akar-akar kayu merentangi jalan.  

Meredah Jeram - Rapids Shooting & Mandi Sungai

  • Perjalanan menaiki bot menghulu sungai Tembeling. Meredah 7 lapisan jeram. 
  • Bersedia untuk basah! Pakai life jacket 
  • Depend pada water level.
  • Bot akan singgah di tebing sungai. Kawasan air cetek dan sesuai untuk mandi.
  • Boleh luangkan sedikit masa bersama orang-orang tersayang untuk mandi sungai, ala-ala picnic & seronok-seronok, 
  • Patuhi arahan guide. Safety First!

Melawat Perkampungan Orang Asli

  • Terletak di pinggiran sungai
  • Suku Kaum Bateq
  • Pelajari cara hidup, perkahwinan, agama, adat resam dll
  • Belajar cara menyumpit, hidup api tanpa mancis & lighter dan banyak lagi. 

Night Jungle Walk

  • Aktiviti berjalan pada sebelah malam hari
  • Lebih fokus kepada serangga & tumbuhan yang aktif waktu malam
  • Jika nasib menyebelahi, jumpa haiwan seperti tapir, rusa, kijang, kancil, tarantula dll
  • Jangan lupa bawa lampu suluh (torch-light)
Kami kongsikan juga aktiviti yang anda boleh buat kalau ada extra bajet....
 
  1. Naik bot ke Lata Berkoh & Sintuari Ikan Kelah
  2. Night River Cruise
  3. Rubber Tubing
  4. Picnic tepi sungai
  5. BBQ

Naik Bot Ke Lata Berkoh & Melawat Sintuari Ikan Kelah

  • Perjalanan menaiki bot 30-45 minit dari jeti menghulu Sungai Tahan
  • Satu bot maksimum 4 orang sahaja
  • View yang sangat menarik di sepanjang perjalanan. Ibarat syurga buat pencinta alam!
  • Kelibat ikan-ikan bermain di kejernihan air & kekadang haiwan-haiwan keluar mencari makan. 

Night River Cruise

  • Naik bot pada waktu malam & rasai sedikit kelainan berbanding waktu siang. Feel more relax & enjoy the nature!

Rubber Tubing

  • Menghilir sungai menaiki pelampung getah
  • Berhenti di tebing sungai untuk picnic (Cuba masakan kampung pure Hulu Tembeling!)
  • Singgah di perkampungan Orang Asli (Optional)
  • Singgah di Sintuari Ikan Kuala Sat & Bagi ikan makan

Picnic Tepi Sungai

  • Berhenti di tebing sungai untuk picnic (Cuba masakan kampung pure Hulu Tembeling!)
  • Boleh cuba ikan sungai  sebagai menu istimewa.

BBQ

  • Bakar-bakar sambil borak-borak!

Jejak Kelah (Special Trip)

  • Khas untuk kaki pancing. Tak campur dengan semua aktiviti lain...
  • Biasa orang buat 5h4m atau 4h3m
  • Naik bot menghulu sungai keniam, sungai sepia atau Jeram Perahu, Hulu Tembeling
  • Camping tepi sungai & terokai lubuk-lubuk raja sungai ini!
Setiap Tahun Taman Negara Tak Pernah Sunyi Dari Dikunjungi Ramai......
Bagaimana kami boleh bantu anda buat trip ke sini? 
Kami 100% Anak Tempatan (Local Operator) 
 
 
Kami bersedia kongsikan dengan anda Perkhidmatan Yang Kami Sediakan Bagi memudahkan perjalanan Anda.... Kami menyediakan : 
 
  1. Perkhidmatan penginapan (Kami ada hostel, homestay, motel & guesthouse kami sendiri). Kami juga boleh bantu anda booking mana-mana resort area sini. 
  2. Perkhidmatan guide (Pemandu Pelancong berlesen) - Nature Guide
  3. Perkhidmatan bot
  4. Perkhidmatan Tempahan Makan & Minum
 

Perkhidmatan Penginapan

Belebar Homestay & Hostel

  • Bil. Homestay : 2 unit (4-6/ homestay)
  • Bil. Hostel : 4 unit (max 10 org/bilik)
  • Kapasiti : Max. 50 Orang 
  • 500 m ke jeti
  • Sesuai untuk keluarga kecil & pelajar (hostel)

Tebing Guesthouse

  • Bilik Aircond : 12 Unit (2-3 org sebilik)
  • Homesty 3 bilik tidur 2 bilik air & 2 bilik tidur 2 bilik air
  • Kapasiti : Max. 50-60 Orang
  • 200 m ke jeti
  • Sesuai untuk trip yang lebih selesa

TRV Motel

  • Bilik Aircond : 9 Unit (2 org sebilik)
  • Bilik Kipas : 9 Unit (4 org sebilik)
  • Kapasiti : Max. 50-60 Orang
  • 300 m ke jeti
  • Sesuai untuk trip yang jimat

Perkhidmatan Guide (Pemandu Pelancong)

  • Khidmat guide untuk semua aktiviti di kawasan Taman Negara

Perkhidmatan Bot

  • Perkhidmatan bot untuk semua aktiviti di Taman Negara Pahang & Kampung Tradisional area sini

Perkhidmatan Makan & Minum

  • Sedia menerima tempahan untuk makan & minum serta berkongsi lokasi dan tempat-tempat tumpuan untuk menjamu selera... masakan kampung pure Hulu Tembeling...Ikan sungai dan lain-lain...
YA. SAYA NAK QUOTATION SEKARANG!
Klik Button Dibawah Untuk Dapatkan Quotation!
Sebahagian dari pelanggan-pelanggan kami...
Apa kata mereka yang pernah datang sini.....

" Seronoknya main air......

"Rapids shooting xtvt paling best kat Taman Negara" ...
"....best giler bercuti di taman negara pahang. rindu dgn suasana hutan canopy walkway night jungle walkway dan rapid shooting. awesome !!!!!...."
"...Taman Negara Power !...."

" Abang-abang guide banyak membantu...

terima kasih abang guide yang sudi layan kerenah kami... Insyaallah kalau ada rezeki kami datang lagi next time...
 
Aqilah - Politeknik Kuantan

"Guide sangat sporting... 

buat tour kami tak membosankan walau berada dalam hutan! Pengalaman paling berharga dalam hidup .... "
 
 

" Terlalu banyak dipelajari disini...... 

terasa 3h2m tak cukup kerana masih banyak lagi yang belum di terokai! 
 
Fresh! segar nyaman dan sejuk mata memandang. Alam semulajadi yang sangat mengkagumkan!
 
sure kami pasti repeat!
 
Terokai keindahan alam semulajadi dengan orang tersayang.....
YA. SAYA NAK QUOTATION SEKARANG!
Klik Button Dibawah Untuk Dapatkan Quotation!
 
 
Atau WhatsApp Team kami untuk Bantuan. Klik Button Di Bawah!